Wednesday 20 April 2011

perbahasan mengenai taqwa

Allah berfirman yang mana mafhumnya ialah "adakah sesiapa yang lebih benar perkataannya selain Allah". Surah an-nisa':87..
firmannya lagi (mafhum) : "adakah sesiapa yang lebih dipercayai perkataannya dari Allah". Surah an-nisa' :122..


firmannya lagi (mafhum):"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar".Surah ali-imran: 102-105..


ini adalah suatu perintah dari Allah Azzawajalla untuk hamba-hambanya dari kalangan yang beriman untuk bertaqwa kerana Allah telah mengumpulkan dalam taqwa itu segala kebaikan dunia dan akhirat.kemudian disuruh pula hamba-hambanya yang beriman itu supaya bertaqwa kepadaNya agar mereka berjaya dan mencapai penghormatan yang telah dihidangkan dalam sifat taqwa itu dari kebajikan dan kesempurnaan,juga kemenangan semata-mata sebagai rahmat kepada hamba-hambaNya yang beriman dan sememangnya Allah amat mengasihi orang-orang yang beriman.

taqwa juga merupakan wasiat utama Allah untuk orang-orang terdahulu dan terkemudian.
mafhum firman Allah taala: "dan kami telah perintahkan kepada orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu, dan juga kepada kamu supaya bertaqwa (patuh) kepada Allah".Surah An-Nisa':131.

lantaran itu,makatiada sesuatu kebaikan mahupun didunia ataupun akhirat, sama ada kebaikan lahir dan batin,melainkan taqwalah merupakan perintis atau kenderaan yang membawa kita kepadanya. demikian pula sebaliknya,iaitu tiada sebarang kejahatan mahupun didunia ataupun akhirat,sama ada kejahatan lahir dan batin, melainkan taqwalah yang menjadi pendinding dan benteng yang teguh untuk menyelamatkan kita daripadanya dan melepaskan kita dari bencananya.

bukankah Allah telah sering menjelaskan menerusi kitab suci al-Quran, bahawa dalam sifat taqwa itu terdapat kebahagiaan yang utama dan kebaikan yang tak terhitung banyaknya.

Allahuakbar !!

1 comment: