Friday 15 April 2011

hakikat solat lahir dan batin..

ada 2 hakikat solat iaitu lahir dan batin..
solat seseorang itu x akan sempurna jika x disertakan kedua-dua elemen ni..
hakikat solat dari segi lahirnya ialah berdiri membaca,ruku', sujud dan sebagainya..
manakala dari sgi batinnya ialah seperti khusyu',hadir hati,tulus-ikhlas yang sempurna,meneliti dan memahami makna-makna bacaan,tasbih dan seumpamanya..
tugas solat dari segi lahirnya ialah bahagian badan dan anggota..
manakala tugas solat dari segi batin ialah pada hati dan rahsia kebatinannya..yang mana pada hati dan rahsia kebatinanlah Allah memerhati dan menilai hamba-hambanya ketika solat..
Berkata Imam Ghazali Rahimahullah : perumpamaan orang yang mdirikan solat secara hakikat lahir saja,serta mengalpakan hakikat batinnya adalah umpama seseorang yang menghadiahkan seorang puteri yang sudah mati kepada seorang maharaja agung.manakala perumpamaan kepada orang yang alpa dalam mendirikan hakikat solat dari segi lahirnya ialah seperti seseorang yang menghadiahkan seorang puteri yang kudung kaki dan tangannya,buta matanya kepada seorang raja..
hasil drpd kedua-dua perumpamaan ini,kita akan mndapati si raja itu akan murka akan pemberian hadiah itu. mereka akan diseksa oleh raja itu oleh kerana telah menghina kedudukan raja,serta mengabaikan haknya..
maka samalah perumpamaan itu,dengan kita yang menghadiahkan solat-solat kepada tuhan yang mana tidak cukup sifat dari batin dan lahirnya.sehingga kita akan menerima balas seksaan Allah SWT..

dimanakah kita???sempurnakah solat kita???renung-renungkan  

No comments:

Post a Comment