Wednesday 20 April 2011

perbahasan mengenai taqwa

Allah berfirman yang mana mafhumnya ialah "adakah sesiapa yang lebih benar perkataannya selain Allah". Surah an-nisa':87..
firmannya lagi (mafhum) : "adakah sesiapa yang lebih dipercayai perkataannya dari Allah". Surah an-nisa' :122..


firmannya lagi (mafhum):"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar".Surah ali-imran: 102-105..


ini adalah suatu perintah dari Allah Azzawajalla untuk hamba-hambanya dari kalangan yang beriman untuk bertaqwa kerana Allah telah mengumpulkan dalam taqwa itu segala kebaikan dunia dan akhirat.kemudian disuruh pula hamba-hambanya yang beriman itu supaya bertaqwa kepadaNya agar mereka berjaya dan mencapai penghormatan yang telah dihidangkan dalam sifat taqwa itu dari kebajikan dan kesempurnaan,juga kemenangan semata-mata sebagai rahmat kepada hamba-hambaNya yang beriman dan sememangnya Allah amat mengasihi orang-orang yang beriman.

taqwa juga merupakan wasiat utama Allah untuk orang-orang terdahulu dan terkemudian.
mafhum firman Allah taala: "dan kami telah perintahkan kepada orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu, dan juga kepada kamu supaya bertaqwa (patuh) kepada Allah".Surah An-Nisa':131.

lantaran itu,makatiada sesuatu kebaikan mahupun didunia ataupun akhirat, sama ada kebaikan lahir dan batin,melainkan taqwalah merupakan perintis atau kenderaan yang membawa kita kepadanya. demikian pula sebaliknya,iaitu tiada sebarang kejahatan mahupun didunia ataupun akhirat,sama ada kejahatan lahir dan batin, melainkan taqwalah yang menjadi pendinding dan benteng yang teguh untuk menyelamatkan kita daripadanya dan melepaskan kita dari bencananya.

bukankah Allah telah sering menjelaskan menerusi kitab suci al-Quran, bahawa dalam sifat taqwa itu terdapat kebahagiaan yang utama dan kebaikan yang tak terhitung banyaknya.

Allahuakbar !!

Friday 15 April 2011

aqidah yang menempah keselamatan dunia dan akhirat..

syukur alhamdulillah si pnulis ucapkan kerana diri telah mngaku bhwasanya Allah ialah tuhan yang disembah,redha islam sbgai agama,serta redha akan Muhammad itu adalah rasul dan nabi Allah..
Ayyuhal ikhwanul muslimin,kita juga mempercayai bahawa Al-Quran sbgai 1 pegangan,percaya akan kaabah yang merupakah qiblat kita, serta mmpercayai bhwa para mu'minin adalah saudara kita.
kita juga telah membersihkan diri kita dari segala perkara yang meruntuhkan kepercayaan islam dlm diri kita,kita juga mmpercayai kitab2 samawi yang dturunkan Allah dari langit.
percaya akan rasul dan nabi yang diutus,percaya akan HARI PEMBALASAN (akhirat) yang akan tiba..
dan atas semua inilah,kita akan dbangkitkan insyaAllah bersama orang yg terselamat,yang mana mereka tiada takut dan tiada berdukacita..
Dengan limpah-kurniaMu tuhan, Aq memohon, Ya Rabba-Alamin..

Mafhum sabda rasulullah SAW:

"orang yang mrasai klazatan iman,ialah orang yang meredhai Allah sbagai tuhan,menerima Islam sbagai anutan mereka,serta mengakui bahawa Muhammad itu nabi dan Rasulullah"

au kama qal Rasulullah..Allahuakbar !!

hakikat solat lahir dan batin..

ada 2 hakikat solat iaitu lahir dan batin..
solat seseorang itu x akan sempurna jika x disertakan kedua-dua elemen ni..
hakikat solat dari segi lahirnya ialah berdiri membaca,ruku', sujud dan sebagainya..
manakala dari sgi batinnya ialah seperti khusyu',hadir hati,tulus-ikhlas yang sempurna,meneliti dan memahami makna-makna bacaan,tasbih dan seumpamanya..
tugas solat dari segi lahirnya ialah bahagian badan dan anggota..
manakala tugas solat dari segi batin ialah pada hati dan rahsia kebatinannya..yang mana pada hati dan rahsia kebatinanlah Allah memerhati dan menilai hamba-hambanya ketika solat..
Berkata Imam Ghazali Rahimahullah : perumpamaan orang yang mdirikan solat secara hakikat lahir saja,serta mengalpakan hakikat batinnya adalah umpama seseorang yang menghadiahkan seorang puteri yang sudah mati kepada seorang maharaja agung.manakala perumpamaan kepada orang yang alpa dalam mendirikan hakikat solat dari segi lahirnya ialah seperti seseorang yang menghadiahkan seorang puteri yang kudung kaki dan tangannya,buta matanya kepada seorang raja..
hasil drpd kedua-dua perumpamaan ini,kita akan mndapati si raja itu akan murka akan pemberian hadiah itu. mereka akan diseksa oleh raja itu oleh kerana telah menghina kedudukan raja,serta mengabaikan haknya..
maka samalah perumpamaan itu,dengan kita yang menghadiahkan solat-solat kepada tuhan yang mana tidak cukup sifat dari batin dan lahirnya.sehingga kita akan menerima balas seksaan Allah SWT..

dimanakah kita???sempurnakah solat kita???renung-renungkan  

post yg pertama !!

first skali, aq bsyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya aq dpt create blog ni..walaupun sje je na test buat..tp, da jd la plak..hehe..
bt pertamanya aq juz na knalkan korang dengan family aq..
asalnya kami ad 6 beranak ja..spatotnya ad 7..tp,kak munira da mninggal mse kcik..so jd la 6..
n bila kakak aq (1st) n abg aq (2nd) da kawin..so bkembangla family aq ni..
skunk da jd 12..n na msok 13 da insyaAllah..so,produktif la gak..bley la meramaikan lagi pejuang-pejuang yang membawa panji islam ney..llaki dgn caranya..wanita dgn caranya..
so,inilah foto yang bley aq psembahkan bt tatapan korang..


ha..ni bru ad 10 ryte??mse ni yg 2 org ag x lahir ag..
ni la gmbo deorang..



yg sorg ag..kna la tgu..hehe..salam 1 aqidah..